Sempena ulang tahun ke 10 tahun Archiday/ARchifest UiTM Perak, ARCHISA akan menganjurkan Sambutan Ulang Tahun ARchifest bertemakan ALiiM 2010. Dijemput semua pensyarah, staff, student, x-student UiTM, UTM, UKM, UPM, Politeknik, IKM, UIA, dan IPTA serta IPTS ke majlis ini. Kehadiran anda akan memeriahkan dan mengeratkan hubungan seluruh warga IPT amnya dan warga Senibina khususnya.
'Aliim iaitu pengetahuan untuk beramal ke jalan Allah SWT. Pada dasarnya aliim itu merupakan salah satu sifat Allah SWT, Al-‘Aliim, Yang Maha Mengetahui. Aliim iaitu mengetahui dan berpengetahuan tentang sesuatu ilmu yang bermanfaat, wajib mengamalkannya bagi membersihkan dirinya dari segala sesuatu yang dapat merosakkan iman dan menghilangkan ikhlas, agar beroleh petunjuk dan hidayah dari Allah SWT., agar terbukalah hijab luasnya ilmu dan pengetahuan, melihatlah dengan kedua belah matanya dengan tubuhnya, terlukislah segala melalui mata hati dan cita-cita, mendengar dengan kedua belah telinganya, dan mengetahui dengan perpaduan hati dan akalnya akan ilmu dan mengetahui sesuatu dengan seyakin-yakinnya, bagi mencari kerelaan Allah SWT.
Mencari ilmu pengetahuan itu mulia , tidak tercela, tetapi melihat kepada penggunaannya ilmu itu membuatnya tercela. Sedikit daripada taufiq lebih baik daripada ilmu yang banyak.'
Wallahu ’alam
TajulEdrusNordin 2010
Saturday, February 27, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)